top of page

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini telah beroperasi pada 30hb Mac 2014.Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan nama SMK Educity kerana lokasi sekolah ini di kawasan Educity. Walau bagaimanapun nama sekolah ditukarkan kepada SMK Medini untuk melambangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Medini atau "Hujung Medini" adalah nama yang merujuk kepada negeri Johor

Sekolah yang bermula dengan jumlah murid seramai 168 orang iaitu 84 orang murid tingkatan 1 dan 84 orang murid tingkatan 2 dengan jumlah guru seramai 17 orang. SMK Medini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah Amanah Malaysia. Hanya 6 buah kelas dibuka iaitu 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan 2. Menjelang tahun 2015 jumlah murid bertambah dan sehingga kini jumlah kesuluruhan murid seramai 327 orang dengan guru seramai 27 orang dan staf sokongan seramai 6 orang. Kelas merangkumi tingkatan satu hingga tingkatan 3. Pada tahun 2016 tingkatan empat telah dibuka dengan 4 aliran iaitu aliran Sains Tulen, Perakaunan, Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian, Bagi melambangkan identity tersendir sekolah, lencana telah direka dan sebuah lagu sekolah juga telah digubah. Lagu sekolah telah dilancarkan sempena setahun SMK Medini. Pengetua pertama SMK Medini ialah Pn. Sallina Binti Hj Hussain yang berkhidmat dari bulan Mac 2014 hingga bulan April 2015. Pengetua ke dia ialah Pn. Freeza binti Ab Rasip yang ula berkhidmat pada bulan Mei 2015 hingga kini.

SMK Medini mempunyai 2 blok asrama yang diberi nama Aspura Dato' Onn yang menempatkan murid-murid lelaki dan Aspuri Ibu Zain yang menempatkan murid perempuan.Kapasiti asrama boleh memuatkan murud-murid seramai 360 orang. Setiap blok mempunyai 30 bilik atau dorm. Pada tahun 2015 Aspura telah menempatkan 96 orang murid lelaki dan Aspuri menempatkan 114 orang murid perempuan.

Murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya berasal dari sekitar Gelang Petah dan taman-taman perumahan berdekatan. Sebahagian kecil pula dari luar negeri Johor iaitu anak-anak kakitangan United Engineering Malaysia Berhad (UEM) yang merupakan salah satu pihak berkepentingan di sekolah ini. Murid-murid yang ditempatkan di sini juga kebanyakkannya menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Gelang Patah, Sekolah Nusa Perintis, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang berdekatan. Melalui pelbagai kemudahan yang disediakan seperti asrama dan kemudahan fizikal sekolah, murid-murid Medini dan guru-guru yang menunjukkan komitmen yang padu dalam meneruskan kecemerlangan dalam meneroka ilmu dan kemahiran dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum selaras dengan moto sekolah "Terokai Untuk Terajui"

bottom of page